Peringkat Dosa
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Bismillahirrahmanirrahim
Hati adalah seketul daging dalam badan yang mengawal seluruh pergerakan badan. Dari hati, lahirlah perlakuan. Baik hati, baik lah perlakuan dan begitulah sebaliknya. Hati akan hitam akibat dosa yang dilakukan. Dalam sedar atau tak, kita melakukan dosa setiap hari. Namun adakah kita memohon ampun setiap hari?
Nastaghfirullah.
Bukan setakat pendaftaran kolej yang ada peringkat-peringkat, untuk berbuat dosa pun ada peringkat. Di bawah kesedaran kita, kita sebenarnya sedang menuruni tangga-tangga dosa, sehinggalah tiba-tiba, kita baru nak sedar kita dah sampai ke lembah yang paling curam, yang sukar untuk kita daki ke atas semula.
Nauzubillah.
Peringkat pertama
Perasaan : Rasa bersalah dan serba salah
Contoh peristiwa :
Seorang kawan lelaki ajak keluar makan bersama. Saya rasa bersalah, boleh ke nak keluar berdua ni? Tak apa ke? Tak dosa ke? Untuk tak mengecilkan hati dia, saya keluar juga. Bersalahnya dalam hati, rasa berdosa betul. Tapi seronok jugak, gelak-gelak. Lepas ni tak buat lagi la.
*Rasa bersalah, tak nak buat lagi, tapi ada rasa seronok tu. Ehm..
Peringkat kedua
Perasaan : Rasa biasa
Contoh peristiwa :
Dah beberapa kali keluar ni. Macam ok je, tak ada apa-apa pun. Dia pun nampaknya hormati saya. Lagipun keluar makan je kan. Biasalah, semua orang kat sini pun macam tu. Ala, dunia dah maju, zaman dah berubah.
*Aha, kawan, dah mula rasa biasa, macam mana ni? Kes bertambah berat!
Peringkat ketiga
Perasaan : Rasa senang dan seronok .
Contoh peristiwa :
“Fun la u guys, seronok betul keluar dengan korang”. Seronok betul keluar dengan diorang ni. Kalau sekali saya tak jumpa dia, rasa hilang seronok dalam diri. Macam ada masalah je. Harap hubungan kita akan berkekalan. Terbayang-bayang, terkenang-kenang tiap masa.
*Ha! Ha! Ha! dah seronok pula. Macam dah sebati, diri pun diawang-awangan. Rasa macam dah tak berdosa, lakukan tiap hari pun, seronok pulak tu buat dosa. Ini sudah parah.
Peringkat empat
Perasaan : Rasa bangga dan membela
Contoh peristiwa:
“Aku sayang giler dengan dia, aku tak rasa aku boleh lupakan dia”. “Alahai kau, aku keluar je dengan dia, bukan buat apa-apa pun. Bukan kitorang berzina pun”. “Aku tahulah apa aku buat!”
*Alamak, apa sudah jadi? Dah mula membela perbuatan salah. Yang salah dah jadi betul, yang betul dah jadi hina. Ini dah sampai ICU.
************************************************
Kita di peringkat mana? Walau di mana pun peringkat kita, pulang lah ke jalan Allah, sebelum kita terjebak kedalam lembah yang paling hina. Dan juga supaya kita tidak mati dalam keadaan melakukan dosa kepadaNya.
Nauzubillah.
Sebesar-besar kemurkaan Allah, besar lagi keampunanNya, kecuali jika kita mensyirikkanNya. Maha suci Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Nastaghfirullah.
Contoh yang diberikan hanya sekadar contoh, dan peringkat dosa ini teraplikasi kepada semua dosa seperti mengumpat, mencuri dan segala dosa yang boleh menghitamkan hati.
p/s: sekadar berkongsi cerita yang saya perolehi dari teman seukhwah...sama2lah kita renung diri kita di mana letaknye pangkat dan peringkat kita...
Jazakum Allahu Khair

Labels:
MUHASABAH DIRI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment