SuRAT UNTUK AYAHANDA TERCiNTA

SuRAT UNTUK AYAHANDA TERCiNTA



Ayahanda

Kau seorang insan berhati mulia seperti bonda

Menjadi Idolaku sepanjang hayat

Kau seorang guru terulung dalam hidupku

Insan yang tak mampuku balas budimu



Ayahanda

Budimu bak membina banjaran himalaya buatku

Budimu membesarkanku hingga dewasa

Sanggup berkorban demi anakmu

Biarpun penat bekerja tapi kau tak penat merungut

Itu semua tak mungkin dapatku balas biar seribu tahun hidupku



Ayahanda

Pesanmu kepadaku terpahat kukuh dalam sanubariku

Takkan goyah walau badai melanda

Biarpun nyawa menjadi taruhannya

Itu janjiku padamu duhai Ayahanda



Ayahanda

Masih ku ingat zaman kanak-kanakku

Ku seorang anak yang nakal

Pelbagai kerenahku terpaksa dirimu hadapi bersama Bonda

Biar dicerca masyarakat sekeliling tapi dirimu tetap tabah



Ayahanda

Terima Kasih kerana mendidik dan membesarkanku

Memberi pelajaran kepadaku sehingga bergelar graduan

Tak putus memberi kata-kata semangat kepadaku

Berkat iringan doamu, kini diriku mendapat pekerjaan yang diimpikan



Ayahanda

Rindunya hatiku tatkal berjauhan denganmu dan bonda

Tapi apakan daya, rezeki anakanda di sini

Biarpun berjauhan kecanggihan teknologi menghubungkan kita

Walaupun tak sama seperti dapat menatap wajahmu dan bonda



Ayahanda

Terima kasih kerana membesarkanku bersama kakak

Tanpa perbezaan kasih sayang

Amat bertuah diriku dan kakak dikurniakan ibu bapa sepertimu dan bonda

Penyanyang, Pemurah, Tegas dan Prihatin adalah asas didikan.



Ayahanda

Jangan kau tinggalkan diriku sendirian

Di dunia yang penuh kepura-puraan

Di penuhi kedustaan, kezaliman, pengkianatan dan dugaan

Ku takut tak berdaya untuk menghadapinya seorang tanpa dirimu disisiku



Ayahanda

Tanpamu di sisiku

Ku tak bisa meniti kehidupan ini dengan tenang

Ku tak sanggup melepaskanmu pergi Ayahanda

Tapi mampukah diriku melawan qada dan qadar Allah

Melawan azali yang telah tercatat di luh Mahfuz



Ayahanda

Sebelum dirimu meninggalkan alam fana ini

Ampunilah segala dosaku padamu duhai Ayahanda

Kaulah permata yang tak mungkin ku temui lagi

Dalam solatku tak pernah melupakanmu

Ku harap dirimu sentiasa bahagia di sisi-NYA



Ayahanda

Kaulah perwira dlmi hatiku

Tidak akan luput dalam ingatanku

Kenangan pahit manis bersamamu

Selamat Hari Bapa duhai Ayahandaku yang dicintai dan disayangi

Dulu...Kini dan...Selamanya

Tn Haji Dahari bin Din. Setiap hari adalah untukmu Ayahanda...

WaRKaH BuAT BONDA

WARKAH BUAR BONDA


Bonda

Kau seorang insan berhati mulia

Kau seorang serikandi yang hebat

Kau seorang guru terulung dalam hidupku

Kau seorang insan yang tak mampuku balas budimu



Bonda

Budimu bak membina banjaran untukku

Budimu mengandung, menyusu dan membesarkanku

Sanggup bertarung nyawa demi anakmu melihat dunia ini

Itu semua tak mungkin dapatku balas biar seribu tahun hidupku



Bonda

Pesanmu kepadaku terpahat kukuh dalam sanubariku

Takkan goyah walau badai melanda

Biarpun nyawa menjadi taruhannya

Itu janjiku padamu duhai Bonda



Bonda

Masih ku ingat zaman kanak-kanakku

Ku seorang anak yang nakal

Pelbagai kerenahku terpaksa dirimu hadapi

Biar dicerca masyarakat sekeliling tapi dirimu tetap tabah



Bonda

Terima Kasih kerana memasak pelbagai hidangan untukku

Memberi pelajaran kepadaku sehingga bergelar graduan

Tak putus memberi kata-kata semangat kepadaku

Berkat iringan doamu, kini diriku mendapat pekerjaan yang diimpikan



Bonda

Jangan kau tinggalkan diriku sendirian

Di dunia yang penuh kepura-puraan

Di penuhi kedustaan, kezaliman, pengkianatan dan dugaan

Ku takut tak berdaya untuk menghadapinya seorang tanpa dirimu disisiku



Bonda

Tanpamu di sisiku

Ku tak bisa meniti kehidupan ini dengan tenang

Ku tak sanggup melepaskanmu pergi bonda

Tapi mampukah diriku melawan qada dan qadar Allah

Melawan azali yang telah tercatat di ²luh Mahfuz²



Bonda

Sebelum dirimu meninggalkan alam fana ini

Ampunilah segala dosaku padamu duhai bonda

Kaulah permata yang tak mungkin ku temui lagi

Dalam solatku tak pernah melupakanmu

Ku harap dirimu sentiasa bahagia di sisi-NYA



Bonda

Kaulah serikandi hatiku

Tidak akan luput dalam ingatanku

Kenangan pahit manis bersamamu

Selamat Hari Ibu duhai bondaku yang dicintai dan disayangi

Dulu...Kini dan...Selamanya

Hajah Siti Sharifah binti Man. Setiap hari adalah untukmu bonda....




* Nukilan ini diambil dri seorang kenalan dan diolah semula....Kepada yang masih mempunyai ibu hargailah mereka sementara ada dan bg sahabat yg tiada ibu, utuslah doamu agar roh ibu kalian bahagia disana....Sampaikanlah surat ini kpd rakan2 lain...Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan ketenangan dalam hidup agar mudah utk melakukan ibadah kpdMu. Jauhilah mereka dari fitnah dunia dan musibah serta tetapkanlah iman mereka sehingga akhir hayat. Amin.....Hurmm bagi yang kahwin tue bonda termasuklah ibu mertua yew....walaupun mereka bkn ibu kandung tapi dia ibu kandung isteri/suami anda....jika kerana dia, anda dpt bertemu jodoh dgn suami/isteri anda