Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H

Assalamualaikum. Lebaran Idul Fitri 1431 H sudah hampir menjelma tiba.. Bulan puasa yang dijalani oleh ummat Islam hampir genap 30 hari. Insy’Allah esok kita akan menyambut hari kemenangan, hari yang fitri; di mana setiap muslim seolah dilahirkan kembali ke dunia ini dalam wujudnya yang suci dan bersih dari dosa. Itulah hikmah bulan suci Ramadhan, mengembalikan kefitrahan umat manusia. Jangan kita cemarkan hari kemenangan ini dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T.
Jika perjuangan panjang melawan hawa nafsu selama bulan suci Ramadhan berhasil dilalui oleh seorang muslim, maka ganjarannya adalah kembali fitri; suci lahir dan batin. Hari kemenangan 1 Syawal merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat manusia, bukan saja oleh umat Islam. Hari dimana setiap Muslim diharapkan dapat saling bermaafan, melepaskan segala dendam dan dosa, agar kembali fitri. Mari saling memaafkan, baik secara langsung bertemu fisik, walaupun hanya sepotong pesanan SMS. Aidilfitri ini juga menuntut kita sebagai seorang muslim yang berkemampuan menunaikan zakat fitrah bagi membersihkan diri kita, sekaligus dapat menolong saudara seagama kita yang kurang berkemampuan agar dapat bersa-sama menyambut aidilfitri ini.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431 Hijrah kepada seluruh umat Islam terutamanya keluarga, sahabat, guru dan sesiapa sahaja yang mengenai diri ini. Kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin seandainya ada kesilapan dan kekurangan diri ini. Berhati-hatilah sepanjang musim perayaan ini. Ingatlah orang tersayang dalam perjalanan dan jangan biarkan kepulangan anda ditangisi oleh mereka.


Ikhlas dari
Anuar B Dahari